Bulan Madu yang sangat Romastis
Isu perkahwinan menjadi bualan ape pun kte mendoakan yang terbaik untuk setiap Pasangan ini.
15 April - Pelakon Natasha Hudson, 30, selamat dinikahkan dengan komposer musik Carleed Khaza (Khalid Kamal), 33, di Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi. Akad nikah sempurna dengan sekali nafas sahaja. Mas kahwin ialah RM80. Tiada wang hantaran diberikan.
Tiada majlis resepsi
Natasha menjadi isteri sekali lagi selepas menjanda selama dua tahun. Natasha berharap agar perkahwinan kali ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Mereka tidak akan mengadakan sebarang majlis resepsi. Walaupun majlis sangat sederhana namun seramai 700 orang hadir.
Carleed kata dia bersyukur kerana mempunyai isteri yang cantik dan memiliki ciri-ciri wanita idamannya. Apa yang penting katanya, Natasha menghormati kedua ibu bapanya dan selalu membantunya menjaga neneknya yang uzur. Dia juga amat rapat dengan anak perempuan Natasha, iaitu Nessa Helena. Mereka merancang untuk berbulan madu di Istanbul.
Tutup akaun twitte
Natasha Hudson balik dari umrah pada 4 April lalu dan mengumumkan tarikh perkahwinannya. Selepas itu, Natasha menutup akaun twitternya.
Perkahwinan pertama bertahan empat bulan
Natasha Hudson pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada bulan September 2006. Masa tu Natasha berumur 24 tahun, Mohd Faiz pula 26 tahun. Mereka bercerai empat bulan kemudian, di bulan Ramadan. Natasha enggan mengulas punca sebenar perceraian dan menafikan gosip liar yang mengatakan dia ditangkap khalwat oleh ibu mentua sendiri.
Perkahwinan kedua bertahan dua tahun
Suami kedua Natasha ialah Datuk Shahrin Zahari. Mereka berkahwin pada 27 Julai 2007. Masa resepsi perkahwinan itu Natasha memboikot wartawan. Kali ini bertahan dua tahun, dan sempat melahirkan Neesa Helena. Masa bercerai, Natasha Hudson 27 tahun dan Datuk Shahrin 28. Gosip-gosip liar pada masa itu mengaitkan Datuk Shahrin dengan Daphne Iking, dan anak dalam kandungan Daphne Iking dikatakan adalah anak Datuk Shahrin. Ada laman blog memetik kenyataan Natasha Hudson yang manusia paling dia benci pada masa itu ialah Daphne Iking. Kesemua gosip liar ini tidak terjawab hingga kini.
Kali ini bertahan berapa lama?
Kita mengharapkan yang baik-baik saja. Semoga kali ini kekal abadi hingga ke hujung hayat.
sumber dari : www.artismelayu.net | muka depan | forum artis
No comments:
Post a Comment