Sunday, 14 December 2014


Mencapai Pernikahan Barakah
Bagi Mereka Yang Mencari Erti Sebuah Percintaan Sejati...
Inilah Yang Dinamakan Cinta Islami...
Perbelanjaan biasa di dalam proses perkahwinan.


  •  Waktu bertunang 
  • Hantaran 


Biasanya hantaran sewaktu bertunang adalah sebentuk cincin tunang dan pertukaran hadiah. Sewaktu saya bertunang dahulu hantaran kami adalah kain untuk dibuat baju, tudung dan kain, sepasang kasut, sebentuk cincin, kek, makanan yang dihias-hias, dan al-Quran. Cincin berharga lebih kurang RM150, sementara hadiah-hadiah lain mungkin lebih kurang RM20-RM50 setiap satu. Pertunangan yang sederhana biasanya tidak menelan belanja lebih dari RM500. Termasuk juga dalam perbelanjaan ini adalah perjalanan pergi balik ke rumah pihak perempuan kalau perjalanannya jauh.


  •  Belanja kenduri

Sewaktu bertunang biasanya pihak tuan rumah akan mengadakan sedikit kenduri. Kenduri ini biasanya tidak melibatkan lebih dari 50 orang tetamu termasuk rombongan meminang. Andaikan makanan seorang berharga RM5, pihak perempuan perlu berbelanja lebih kurang RM250 bagi kenduri kecil ini.



  • Waktu Walimah
  • Hantaran

Hantaran sewaktu majlis pernikahan biasanya tidak menentu. Kadangkala ia boleh mencapai puluhan ribu. Biasanya bagi masyarakat Melayu, mereka meletakkan hantaran dalam lebih kurang 2 ribu sehingga 7 ribu. Bagaimanapun hantaran dalam bentuk duit ini cuma merupakan adat kebiasaan yang tidak disyariatkan oleh islam. Hantaran ini akan diambil oleh keluarga pihak perempuan.

  •  Mas kahwin

Mas kahwin juga tidak menentu. Kadangkala ia mencapai ribuan ringgit dan ada ketikanya ia cuma puluhan ringgit sahaja.
Mas kahwin SEKARANG sebanyak RM1500.


  •  Belanja Kenduri

Belanja kenduri adalah perbelanjaan yang paling utama. Ia sangat tergantung kepada bilangan jemputan, cara kenduri dilaksanakan, dan tempat kenduri diadakan. Bagi kenduri gotong royong yang jemputannya lebih kurang 500 orang, belanjanya adalah lebih kurang RM2500 hingga ke RM3500. Lebih kurang RM3-RM5 satu kepala untuk makanan dan selebihnya adalah belanja untuk khemah, PA system dan sebagainya. Perbelanjaan ini juga berbeza mengikut kawasan disebabkan berbezanya cara bergotong-royong dan menu hidangan.

Perbelanjaan keseluruhan untuk seluruh proses untuk melangsungkan perkahwinan sangat tergantung pada situasi masing-masing. Saya alhamdulillah dibantu oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Perbelanjaan minimum adalah sekitar RM2000. Maksimum mungkin mencecah berpuluh-puluh ribu.

Alternatif bagi perbelanjaan perkahwinan ini adalah tawaran dari Jabatan Agama Islam negeri untuk dibantu belanja kendurinya.


No comments:

Post a Comment