Perbezaan
MANDI BUNGA dan MANDI LULUR.
MANDI
BUNGA.
Disebalik Mandi bunga? Apa pemikiran anda tentang mandi bunga. Tahukah
apa disebalik mandi bunga? Mungkin
bagi mereka yang belum pernah mandi bunga pastinya mengatakan mandi bunga itu
mengarut. Mengarut ke amalan zaman nenek moyang kita dahulu kala?
selalunya mandi bunga dilakukan oleh
orang yang ingin "mendapat jodoh" ataupun "membuang sial"
atas arahan tok bomoh tradisional, kalau begitu ape kene mengena mandi
bawah jambatan? Adakah boleh buang sial juga.Kadangkala kita tidak mengetahui apa maksud disebalik mandi bunga itu.
Namun mandi bunga biasanya dimulakan
dengan Bismillah, selawat ke atas nabi dan kemudian mandi seperti
biasa. Selepas mandi bunga,
biasanya badan akan rasa segar, muka berseri dan rasa lebih sihat. Begitu
hebatkah penangan mandi bunga?
Tahukah apa rahsia disebalik mandi
bunga? Pandangan saya, mandi bunga
bukanlah ritual wajib dalam amalan perubatan tradisonal, tetapi lebih kepada
alternatif. Kenapa perlu mandi bunga?
Ada beberapa sebab yang perlu kita
ketahui tentang mandi bunga. Bunga yang dipilih kebiasaannya daripada jenis bunga yang positif atau
bunga yang dikatakan baik sahaja. Setiap bunga mempunyai cas-cas positif yang
mampu mengurangkan cas-cas negatif dalam badan. Jika semakin banyak cas positif
dalam badan maka badan semakin sihat dan segar.
Badan manusia mempunyai aura yang tersendiri.Mandian bunga dipercayai mampu mengimbangi aura yang tidak baik dalam
badan manusia. Mandi bunga mampu mengembalikan aura badan yang baik. Aura badan
yang baik mampu meningkatkan daya tarikan seseorang. Secara mudahnya, anda
mampu menarik perhatian orang disekeliling anda.
Apa lagi disebalik mandi bunga? Secara psikologinya jika anda telah
selesai mandi bunga anda merasakan sesuatu yang sangat bebeza. Perbezaan itu
sebenarnya lebih kepada keyakinan anda tentang "mujarabnya"
mandi bunga. Selain keyakinan yang
tinggi, minda anda akan memikirkan sesuatu yang positif. Pemikiran yang positif memberi
impak kepada raut wajah seseorang.
Adakah mandi bunga menyegarkan badan
manusia? Ya, kerana elemen limau
yang menyegarkan banyak juga digunakan dalam sabun mandian, pencuci
rambut dan lain-lain bahan pembersih yang lain. Kesegaran limau memang tidak
dinafikan. Oleh kerana itu anda akan menikmati kesegaran selepas mandi bunga.
Selain itu juga, semasa upacara mandi
bunga, tok-tok bomoh mendoakan
sesuatu yang baik untuk diri kita atas apa yang kita hajati. Jika
dimakbulkan oleh Allah SWT maka apa yang dihajati itu tercapai. Perlu diketahui bahawa bukan mandi bunga itu
yang membuatkan anda berjaya mencapai apa yang dihajati tetapi disebabkan oleh
ketentuan Allah SWT. Jangan memesongkan akidah atas perkara yang sangat
mudah. Boleh mendatang kurafat.
Mandi bunga tidak menjadi kesalahan
untuk diamalkan. Malahan di
kebanyakan spa juga mengamalkan konsep yang sama. Tetapi jangan
pula menganggap mandi bunga mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi
kerana disebalik mandi bunga hanyalah ikhtiar seorang manusia sahaja.
MANDI LULUR.
Apa itu mandi lulur? Dan ape kelebihan
jika bakal Pengantin mandi lulur? Tahukan anda disebalik mandi lulur. Adakah ia
mengarut? Pada pendapatan saya mandi lulur tidak lah mengarut bahkan bagi saya
ia satu kewajiban kepada semua orang tidak mengira jantina.
Malah kehidupan masa kini, banyak
masalah pencemaran yang berasal dari asap pembakaran dan kenderaan bermotor,
menyebabkan bahan kimia yang melekat pada kulit, dan itu menyebabkan kesihatan
kulit manusia. Di samping itu juga ia akan menyebabkan kulit menjadi kering dan
menimbulkan bintik-bintik hitam dan menjadi kerak.
Oleh itu, cara rawatan mandi lulur
adalah satu langkah bagi kita menjaga kesihatan kulit, terutama kepada bakal
pengantin yang bakal menjadi Raja sehari pada hari yang nantikan.
Mandi Lulur juga
dapat menjadi salah satu alternatif “murah dan mudah" kerana kita boleh
melakukanya sendiri di rumah mahupun ke spa yang berdekatan, dan ia merupakan
pilihan yang baik untuk menjaga
kesihatan kulit dan sekaligus memberikan nutrisi berguna bagi kulit kita.
Pada masa
kini lulur, juga mudah didapati di kedai-kedai jamu dan dipasaraya yang
berdekatan.
Selain itu
lulur juga mempunyai pelbagai jenis dari buah-buahan, bunga-bungan dan
macam-macam.
Kesimpulan yang
dapat saya kongsikan bersama mandi bungan dan mandi lulur tidak salah diamalka
dengan membetulkan niat anda sebagai penguna dan pengamal yang betul,
kelebihanya juga anda dapat.
So selamat
beramal kepada bakal pengantin
No comments:
Post a Comment