Showing posts with label PENGANTIN. Show all posts
Showing posts with label PENGANTIN. Show all posts

Sunday, 14 December 2014

BARAKAH DALAM PERKAHWINAN.

Apa itu barakah (berkat)?


Banyak sekali kita mendengar perkataan ini, banyak lidah-lidah manusia bercakap tentang ini, tetapi sikit sekali mereka memahami berkat ini pada maknanya yang sebenar.

Berkat diambil pada bahasa Arab
بركة, bermakna kolam.

Keterangan: Jika anda mengambil tangan anda, kemudian anda masukkan ke dalam kolam, anda akan mendapati ianya lebih dalam daripada apa yang anda lihat. Begitulah pengertian barakah.

Barakah pada segi maknanya bermakna penambahan atau peningkatan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai waktu yang amat sedikit untuk melakukan sesuatu pekerjaan,yang pada adatnya ia mustahil untuk dilakukan pada waktu sesingkat itu. Tetapi dia berjaya melakukan pekerjaan itu kendatipun masa yang diberikan amat sedikit. Itulah barakah pada masa.

Barakah juga boleh berlaku pada harta, anda mempunyai wang sebanyak RM 10, sudah tentu wang RM10 ini amat sedikit bagi sesetengah orang. Tetapi anda boleh menggunakannya seolah-olah pada orang lain anda menggunakan RM 100. Itulah barakah.

Barakah boleh berlaku pada anak-anak, negara, ilmu, ingatan dan lain-lain lagi.

Timbul persoalan, apakah cara untuk mendapat barakah?

Dinyatakan dalam Al-Quran cara untuk mendapat barakah, antaranya

1) Al-Quran (sama ada dihafaz, dibaca, diulang, dikaji dan lain-lain)

(
وهذا كتاب أنزلناه مبارك مصدق الذي بين يديه)

"Dan inilah kitab Al-Quran yang Kami turunkan (dan kitab itu) diberkahi, membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya" (Al-An'aam:92)

 2) Takwa dan iman

(
ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض)

" Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi"(Al-A'raf: 96)

3) Lailatul Qadar

(
إنا أنزلناه في ليلة مباركة إنا كنا منذرين)

"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran itu pada suatu malam yang diberkahi(lailatulqadar)" (Ad-Dukhan: 3)

4) Bersyukur

(
ولئن شكرتم لأزيدنكم) 

"Jika kamu bersyukur aku benar-benar akan menambahkannya" (Ibrahim: 7)

5) Bersedekah

(
مثل الذين ينفقون أموالهم في سبيل الله كمثل حبة أنبتت سبع سنابل في كل سنبلة مائة حبة والله يضاعف لمن يشاء والله واسع عليم)

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji, Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui"

6) Berpagi-pagi bangun (tidak tidur selepas Subuh dan bangun awal pagi)

"
اللهم بارك امتي في بكورها"

Sabda Nabi: "Ya Allah, berkatkanlah umatku yang berpagi-pagi"

7) Berkahwin

(
وأنكحوا الأيامى منكم والصالحين من عبادكم وإمائكم إن يكونوا فقراء يغنهم الله من فضله والله واسع عليم)

" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahaya yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui"

Sebenarnya, masih banyak cara-cara untuk mendapat berkah yang digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah. Hamba yang jahil ini hanya dapat menulis sedikit sahaja. Tapi yang paling jelas, bersyukur adalah amalan yang paling mudah untuk mendapat berkah. 
                                                                       


Monday, 8 December 2014

TIP KECANTIKAN KEPADA BAKAL PENGANTIN

Perbezaan MANDI BUNGA dan MANDI LULUR.

MANDI BUNGA.

Disebalik Mandi bunga? Apa pemikiran anda tentang mandi bunga. Tahukah apa disebalik mandi bunga? Mungkin bagi mereka yang belum pernah mandi bunga pastinya mengatakan mandi bunga itu mengarut. Mengarut ke amalan zaman nenek moyang kita dahulu kala?
selalunya mandi bunga dilakukan oleh orang yang ingin "mendapat jodoh" ataupun "membuang sial" atas arahan tok bomoh tradisional, kalau begitu ape kene mengena mandi bawah jambatan? Adakah boleh buang sial juga.Kadangkala kita tidak mengetahui apa maksud disebalik mandi bunga itu.

Namun mandi bunga biasanya dimulakan dengan Bismillah, selawat ke atas nabi dan kemudian mandi seperti biasa. Selepas mandi bunga, biasanya badan akan rasa segar, muka berseri dan rasa lebih sihat. Begitu hebatkah penangan mandi bunga?

Tahukah apa rahsia disebalik mandi bunga? Pandangan saya, mandi bunga bukanlah ritual wajib dalam amalan perubatan tradisonal, tetapi lebih kepada alternatif. Kenapa perlu mandi bunga?

Ada beberapa sebab yang perlu kita ketahui tentang mandi bunga. Bunga yang dipilih kebiasaannya daripada jenis bunga yang positif atau bunga yang dikatakan baik sahaja. Setiap bunga mempunyai cas-cas positif yang mampu mengurangkan cas-cas negatif dalam badan. Jika semakin banyak cas positif dalam badan maka badan semakin sihat dan segar.

Badan manusia mempunyai aura yang tersendiri.Mandian bunga dipercayai mampu mengimbangi aura yang tidak baik dalam badan manusia. Mandi bunga mampu mengembalikan aura badan yang baik. Aura badan yang baik mampu meningkatkan daya tarikan seseorang. Secara mudahnya, anda mampu menarik perhatian orang disekeliling anda.

Apa lagi disebalik mandi bunga? Secara psikologinya jika anda telah selesai mandi bunga anda merasakan sesuatu yang sangat bebeza. Perbezaan itu sebenarnya lebih kepada keyakinan anda tentang "mujarabnya" mandi bunga. Selain keyakinan yang tinggi, minda anda akan memikirkan sesuatu yang positif. Pemikiran yang positif memberi impak kepada raut wajah seseorang.

Adakah mandi bunga menyegarkan badan manusia? Ya, kerana elemen limau yang menyegarkan banyak juga digunakan dalam sabun mandian, pencuci rambut dan lain-lain bahan pembersih yang lain. Kesegaran limau memang tidak dinafikan. Oleh kerana itu anda akan menikmati kesegaran selepas mandi bunga.

Selain itu juga, semasa upacara mandi bunga, tok-tok bomoh mendoakan sesuatu yang baik untuk diri kita atas apa yang kita hajati. Jika dimakbulkan oleh Allah SWT maka apa yang dihajati itu tercapai. Perlu diketahui bahawa bukan mandi bunga itu yang membuatkan anda berjaya mencapai apa yang dihajati tetapi disebabkan oleh ketentuan Allah SWT. Jangan memesongkan akidah atas perkara yang sangat mudah. Boleh mendatang kurafat.

Mandi bunga tidak menjadi kesalahan untuk diamalkan. Malahan di kebanyakan spa juga mengamalkan konsep yang sama.  Tetapi jangan pula menganggap mandi bunga mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi kerana disebalik mandi bunga hanyalah ikhtiar seorang manusia sahaja.

MANDI LULUR.



Apa itu mandi lulur? Dan ape kelebihan jika bakal Pengantin mandi lulur? Tahukan anda disebalik mandi lulur. Adakah ia mengarut? Pada pendapatan saya mandi lulur tidak lah mengarut bahkan bagi saya ia satu kewajiban kepada semua orang tidak mengira jantina.
Malah kehidupan masa kini, banyak masalah pencemaran yang berasal dari asap pembakaran dan kenderaan bermotor, menyebabkan bahan kimia yang melekat pada kulit, dan itu menyebabkan kesihatan kulit manusia. Di samping itu juga ia akan menyebabkan kulit menjadi kering dan menimbulkan bintik-bintik hitam dan menjadi kerak.
Oleh itu, cara rawatan mandi lulur adalah satu langkah bagi kita menjaga kesihatan kulit, terutama kepada bakal pengantin yang bakal menjadi Raja sehari pada hari yang nantikan.
Mandi Lulur juga dapat menjadi salah satu alternatif “murah dan mudah" kerana kita boleh melakukanya sendiri di rumah mahupun ke spa yang berdekatan, dan ia merupakan pilihan yang baik  untuk menjaga kesihatan kulit dan sekaligus memberikan nutrisi berguna bagi kulit kita.
Pada masa kini lulur, juga mudah didapati di kedai-kedai jamu dan dipasaraya yang berdekatan.
Selain itu lulur juga mempunyai pelbagai jenis dari buah-buahan, bunga-bungan dan macam-macam.

Kesimpulan yang dapat saya kongsikan bersama mandi bungan dan mandi lulur tidak salah diamalka dengan membetulkan niat anda sebagai penguna dan pengamal yang betul, kelebihanya juga anda dapat.
So selamat beramal kepada bakal pengantin