Showing posts with label HANTARAN. Show all posts
Showing posts with label HANTARAN. Show all posts

Monday, 15 December 2014

MAS KAHWIN MENGIKUT NEGERI..
            Salammm… melihat kepada mas kawen skrg buatkan kita semua termenung terpikir terkedu pun ada kan, itu baru mas kahwin kalau pihak si merpati yang kita ingin kan tuh keluarga dia nak ikut taraf pendidikan, Subahaanallah… tak tahu nak kata ape kan. Alamak lepas nikah kahwin tuh makan nasik nga ikan masin laa. Kalau ada ikan masin.. hehe
Tapi anak muda sekarang dah bijak dia org dah buat persiapan sebelum itu lagi kan… haha hopefully laa yerr..
Kalau tgk kepada mas kawen setiap negeri itu pun ad setengah banyak gila dy kenakan, macam boleh uat majlis belah lelaki kalau ikut kan, tp kte things positif laa yerr mungkin ada sebab tertentu la tuh.. kalau ad setengah dy nak tahu jgk sebab ape.. nampk nyer nnt saya akn uluskan bende nie kepihak atasan supaya kita semua tahu ape jawapan sebenar okey..






Tiada bakal pengantin yang inginkan majlis yang ala-ala atau nak tak nak. Mungkin ada diantara anda yang inginkan majlis yang indah dan juga nampak mewah.

Tak ada bakal pengantin yang inginkan majlis yang ala-ala atau nak tak nak. Mungkin ada diantara anda yang inginkan majlis yang indah dan juga nampak mewah tetapi tak mahu menanggung hutang yang tinggi. Yalah, kalau nak majlis yang gilang gemilang, mestilah kosnya juga gilang gemilang. Jadi bajet perkahwinan itu sangat penting dan biarlah bajet itu mengikut kemampuan. Elakkan berhutang atau membuat pinjaman yang tak masuk akal kerana kehidupan selepas berkahwin itu lebih penting.



Kami ingin kongsikan panduan untuk menjimatkan kos perkahwinan anda, meriah tapi kos rendah.
1. Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik. Bila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.




2. Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih baik. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah dan dapat menguatkan tali silaturahmi bersama jiran anda. Tetapi, sekarang ini sudah banyak pameran perkahwinan dan katering yang menyediakan pakej bajet untuk perkahwinan, rajin-rajinlah buat survey beberapa bulan atau tahun sebelum melangsungkan majlis anda.



3. Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Sekarang ini ada juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Maknanya selepas pakai, anda kena pulangkan pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada beli terus pakaian perkahwinan itu.



4. Hantaran dan hiasan pelamin dari bunga segar lebih indah dan kosnya juga tinggi. Tapi tak salah jika anda gunakan bunga tiruan tetapi gubahnya secara kreatif. Lagipun dengan bunga tiruan, anda dapat terus gunakannya sebagai hiasan untuk kediaman anda.


5. Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Biasanya diskaun hebat akan diberikan. Selain itu, tarikh juga mainkan peranan. Sekiranya anda menempah servis kahwin pada hari yang tidak sibuk, contohnya majlis perkahwinan bukan sewaktu cuti persekolahan, harganya juga boleh dirunding dan lebih murah dari waktu yang sibuk.



6. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari. Untuk menjimakan kos, akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala persandingan dan kenduri dilakukan pada waktu tengahari. Jika anda tetap mahu melakukan majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah ( saudara mara dan rakan terdekat sahaja ).

7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Orang lain letak hantaran 5, anda letak 10 supaya nampak lebih gah. Kebiasaanya hantaran adalah 5 berbalas 7. Pilih barangan yang akan digunakan, bukan sekadar cantik sahaja.

8. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah. Memang seronok kerana pada cuti sekolah, ramai saudara-mara yang akan hadir. Tetapi tahukah anda barang ketika ini agak mahal. Atau jika anda telah memilih tarikh pada cuti sekolah, seeloknya buat persiapan dan beli barang-barang perkahwinan lebih awal. Persedian 1-2 tahun sebelum kahwin juga adalah normal.


9. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik. Untuk menjimatkan kos, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam satu kad sahaja. Selain itu, sekarang pun sudah popular dimana bakal pengantin menjemput tetamu melalui Facebook sahaja.
10. Untuk hiburan halwa telinga pula, daripada mengupah pemuzik, band atau kugiran, sekarang ini sudah banyak perkhidmatan DJ yang boleh memainkan CDlagu yang menarik serta acara karaoke. Lebih meriah dan murah

11. Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan anda tak menggunakan semua wang simpanan anda dan seterusnya BERHUTANG.Sentiasa elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan KAD KREDIT.

12. Jika anda mahu jimat lagi, anda boleh menggubah sendiri hantaran perkahwinan atau upah saja saudara mara dan kawan-kawan. Pastinya kos lebih rendah daripada membeli sendiri hantaran di kedai. Hantaran yang dijual di kedai biasanya berharga RM80 ke atas untuk satu bekas hantaran sahaja. Jika anda ada 7 hantaran, sudah berapa pula?




13. Jangan lupa survey mengenai khidmat katering, pelamin, pakaian perkahwinan ataupun cenderamata yang murah dari kawan-kawan atau saudara mara. Selalunya mereka mempunyai cadangan yang bernas dan tahu mana perkhidmatan yang murah dan bagus.

14. Akhbar dan majalah selalunya mempunyai peraduan yang menghadiahkan pakej berbulan madu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertainya. Manalah tahu, rezeki anda kan? Honeymoon free lagi!

15. Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini anda juga boleh mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh memantau bajet perkahwinan anda jika 'terlebih' atau 'terkurang'.




Sunday, 14 December 2014


Mencapai Pernikahan Barakah
Bagi Mereka Yang Mencari Erti Sebuah Percintaan Sejati...
Inilah Yang Dinamakan Cinta Islami...
Perbelanjaan biasa di dalam proses perkahwinan.


  •  Waktu bertunang 
  • Hantaran 


Biasanya hantaran sewaktu bertunang adalah sebentuk cincin tunang dan pertukaran hadiah. Sewaktu saya bertunang dahulu hantaran kami adalah kain untuk dibuat baju, tudung dan kain, sepasang kasut, sebentuk cincin, kek, makanan yang dihias-hias, dan al-Quran. Cincin berharga lebih kurang RM150, sementara hadiah-hadiah lain mungkin lebih kurang RM20-RM50 setiap satu. Pertunangan yang sederhana biasanya tidak menelan belanja lebih dari RM500. Termasuk juga dalam perbelanjaan ini adalah perjalanan pergi balik ke rumah pihak perempuan kalau perjalanannya jauh.


  •  Belanja kenduri

Sewaktu bertunang biasanya pihak tuan rumah akan mengadakan sedikit kenduri. Kenduri ini biasanya tidak melibatkan lebih dari 50 orang tetamu termasuk rombongan meminang. Andaikan makanan seorang berharga RM5, pihak perempuan perlu berbelanja lebih kurang RM250 bagi kenduri kecil ini.



  • Waktu Walimah
  • Hantaran

Hantaran sewaktu majlis pernikahan biasanya tidak menentu. Kadangkala ia boleh mencapai puluhan ribu. Biasanya bagi masyarakat Melayu, mereka meletakkan hantaran dalam lebih kurang 2 ribu sehingga 7 ribu. Bagaimanapun hantaran dalam bentuk duit ini cuma merupakan adat kebiasaan yang tidak disyariatkan oleh islam. Hantaran ini akan diambil oleh keluarga pihak perempuan.

  •  Mas kahwin

Mas kahwin juga tidak menentu. Kadangkala ia mencapai ribuan ringgit dan ada ketikanya ia cuma puluhan ringgit sahaja.
Mas kahwin SEKARANG sebanyak RM1500.


  •  Belanja Kenduri

Belanja kenduri adalah perbelanjaan yang paling utama. Ia sangat tergantung kepada bilangan jemputan, cara kenduri dilaksanakan, dan tempat kenduri diadakan. Bagi kenduri gotong royong yang jemputannya lebih kurang 500 orang, belanjanya adalah lebih kurang RM2500 hingga ke RM3500. Lebih kurang RM3-RM5 satu kepala untuk makanan dan selebihnya adalah belanja untuk khemah, PA system dan sebagainya. Perbelanjaan ini juga berbeza mengikut kawasan disebabkan berbezanya cara bergotong-royong dan menu hidangan.

Perbelanjaan keseluruhan untuk seluruh proses untuk melangsungkan perkahwinan sangat tergantung pada situasi masing-masing. Saya alhamdulillah dibantu oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Perbelanjaan minimum adalah sekitar RM2000. Maksimum mungkin mencecah berpuluh-puluh ribu.

Alternatif bagi perbelanjaan perkahwinan ini adalah tawaran dari Jabatan Agama Islam negeri untuk dibantu belanja kendurinya.