Showing posts with label TIP PERKAHWINAN. Show all posts
Showing posts with label TIP PERKAHWINAN. Show all posts

Sunday, 14 December 2014


Mencapai Pernikahan Barakah
Bagi Mereka Yang Mencari Erti Sebuah Percintaan Sejati...
Inilah Yang Dinamakan Cinta Islami...
Perbelanjaan biasa di dalam proses perkahwinan.


  •  Waktu bertunang 
  • Hantaran 


Biasanya hantaran sewaktu bertunang adalah sebentuk cincin tunang dan pertukaran hadiah. Sewaktu saya bertunang dahulu hantaran kami adalah kain untuk dibuat baju, tudung dan kain, sepasang kasut, sebentuk cincin, kek, makanan yang dihias-hias, dan al-Quran. Cincin berharga lebih kurang RM150, sementara hadiah-hadiah lain mungkin lebih kurang RM20-RM50 setiap satu. Pertunangan yang sederhana biasanya tidak menelan belanja lebih dari RM500. Termasuk juga dalam perbelanjaan ini adalah perjalanan pergi balik ke rumah pihak perempuan kalau perjalanannya jauh.


  •  Belanja kenduri

Sewaktu bertunang biasanya pihak tuan rumah akan mengadakan sedikit kenduri. Kenduri ini biasanya tidak melibatkan lebih dari 50 orang tetamu termasuk rombongan meminang. Andaikan makanan seorang berharga RM5, pihak perempuan perlu berbelanja lebih kurang RM250 bagi kenduri kecil ini.



  • Waktu Walimah
  • Hantaran

Hantaran sewaktu majlis pernikahan biasanya tidak menentu. Kadangkala ia boleh mencapai puluhan ribu. Biasanya bagi masyarakat Melayu, mereka meletakkan hantaran dalam lebih kurang 2 ribu sehingga 7 ribu. Bagaimanapun hantaran dalam bentuk duit ini cuma merupakan adat kebiasaan yang tidak disyariatkan oleh islam. Hantaran ini akan diambil oleh keluarga pihak perempuan.

  •  Mas kahwin

Mas kahwin juga tidak menentu. Kadangkala ia mencapai ribuan ringgit dan ada ketikanya ia cuma puluhan ringgit sahaja.
Mas kahwin SEKARANG sebanyak RM1500.


  •  Belanja Kenduri

Belanja kenduri adalah perbelanjaan yang paling utama. Ia sangat tergantung kepada bilangan jemputan, cara kenduri dilaksanakan, dan tempat kenduri diadakan. Bagi kenduri gotong royong yang jemputannya lebih kurang 500 orang, belanjanya adalah lebih kurang RM2500 hingga ke RM3500. Lebih kurang RM3-RM5 satu kepala untuk makanan dan selebihnya adalah belanja untuk khemah, PA system dan sebagainya. Perbelanjaan ini juga berbeza mengikut kawasan disebabkan berbezanya cara bergotong-royong dan menu hidangan.

Perbelanjaan keseluruhan untuk seluruh proses untuk melangsungkan perkahwinan sangat tergantung pada situasi masing-masing. Saya alhamdulillah dibantu oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Perbelanjaan minimum adalah sekitar RM2000. Maksimum mungkin mencecah berpuluh-puluh ribu.

Alternatif bagi perbelanjaan perkahwinan ini adalah tawaran dari Jabatan Agama Islam negeri untuk dibantu belanja kendurinya.


BARAKAH DALAM PERKAHWINAN.

Apa itu barakah (berkat)?


Banyak sekali kita mendengar perkataan ini, banyak lidah-lidah manusia bercakap tentang ini, tetapi sikit sekali mereka memahami berkat ini pada maknanya yang sebenar.

Berkat diambil pada bahasa Arab
بركة, bermakna kolam.

Keterangan: Jika anda mengambil tangan anda, kemudian anda masukkan ke dalam kolam, anda akan mendapati ianya lebih dalam daripada apa yang anda lihat. Begitulah pengertian barakah.

Barakah pada segi maknanya bermakna penambahan atau peningkatan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai waktu yang amat sedikit untuk melakukan sesuatu pekerjaan,yang pada adatnya ia mustahil untuk dilakukan pada waktu sesingkat itu. Tetapi dia berjaya melakukan pekerjaan itu kendatipun masa yang diberikan amat sedikit. Itulah barakah pada masa.

Barakah juga boleh berlaku pada harta, anda mempunyai wang sebanyak RM 10, sudah tentu wang RM10 ini amat sedikit bagi sesetengah orang. Tetapi anda boleh menggunakannya seolah-olah pada orang lain anda menggunakan RM 100. Itulah barakah.

Barakah boleh berlaku pada anak-anak, negara, ilmu, ingatan dan lain-lain lagi.

Timbul persoalan, apakah cara untuk mendapat barakah?

Dinyatakan dalam Al-Quran cara untuk mendapat barakah, antaranya

1) Al-Quran (sama ada dihafaz, dibaca, diulang, dikaji dan lain-lain)

(
وهذا كتاب أنزلناه مبارك مصدق الذي بين يديه)

"Dan inilah kitab Al-Quran yang Kami turunkan (dan kitab itu) diberkahi, membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya" (Al-An'aam:92)

 2) Takwa dan iman

(
ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض)

" Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi"(Al-A'raf: 96)

3) Lailatul Qadar

(
إنا أنزلناه في ليلة مباركة إنا كنا منذرين)

"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran itu pada suatu malam yang diberkahi(lailatulqadar)" (Ad-Dukhan: 3)

4) Bersyukur

(
ولئن شكرتم لأزيدنكم

"Jika kamu bersyukur aku benar-benar akan menambahkannya" (Ibrahim: 7)

5) Bersedekah

(
مثل الذين ينفقون أموالهم في سبيل الله كمثل حبة أنبتت سبع سنابل في كل سنبلة مائة حبة والله يضاعف لمن يشاء والله واسع عليم)

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji, Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui"

6) Berpagi-pagi bangun (tidak tidur selepas Subuh dan bangun awal pagi)

"
اللهم بارك امتي في بكورها"

Sabda Nabi: "Ya Allah, berkatkanlah umatku yang berpagi-pagi"

7) Berkahwin

(
وأنكحوا الأيامى منكم والصالحين من عبادكم وإمائكم إن يكونوا فقراء يغنهم الله من فضله والله واسع عليم)

" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahaya yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui"

Sebenarnya, masih banyak cara-cara untuk mendapat berkah yang digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah. Hamba yang jahil ini hanya dapat menulis sedikit sahaja. Tapi yang paling jelas, bersyukur adalah amalan yang paling mudah untuk mendapat berkah. 
                                                                       


Friday, 28 November 2014

JOM CEGAH MULUT BERBAU

Tips Perkahwinan: 

5 Cara Menghilangkan Nafas Dan Mulut Berbau

Gosok macam mana pun, mulut tetap berbau. Cuba petua yang kami kongsikan ini, harap dapat membantu anda.
Seperti admin janjikan sebelum untuk kongsikan dengan pembaca tersayang tentang punca kekurangan air liur dan juga cara untuk menghilangkan bau mulut yang kurang senang. Admin percaya masih ramai yang menghadapi masalah ini. Mesti rasa malu dan segan untuk berbual. Kurang keyakinan. Bila ditegur pula, mula lah nanti bermasam muka.

Jadi untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku, admin di sini akan cuba membantu anda mendapatkan kembali bau nafas yang segar. Sebelum itu, mari kita kaji punca kekurangan air liur.


Tahukah anda terdapat beberapa faktor yang menjadi punca anda kekurangan air liur? Antaranya adalah tekanan perasaan, pengambilan minuman alcohol, kurang air di dalam badan, berpuasa kerana ia akan mengurangkan perembesan air liur, bernafas terlalu banyak menggunakan mulut kerana ia akan mengeringkan mulut, bercakap terlalu banyak seperti tugas harian yang memerlukan anda untuk bercakap haa jangan tidak tahu pula bahawa ini adalah salah satu faktor kerana ia mengurangkan pengaliran dan perembesan air liur, masalah atau penyakit pencernaan, penafasan, usus, jangkitan tekak dan paru-paru. Jadi ini adalah antara faktor yang menyebabkan air liur anda kurang.

Dengan tahunya mengenai punca kurang air liur dan datang bau nafas, jom kita cari pula jalan penyelesaian untuk masalah ini. Jangan bimbang, kami di Ikahwin.my sedia membantu anda.

Caranya adalah;

 
1) Membersih dan memberus gigi
Dengan penjagaan rapi mulut anda, dengan izinNya masalah anda akan selesai. Jadikan amalan untuk memberus gigi dengan teratur. Rajinkan juga untuk membersihkan gigi menggunakan benang flos atau flos pakai buang. Dengan itu, segala kotoran yang membantu bakteria untuk hidup di dalam mulut anda dibuang. Nasihat admin juga untuk anda tidak memberus gigi dengan tergesa-gesa kerana kotoran bakteria tidak mungkin hilang jika anda lakukan dengan sambil lewa. Ambil masa untuk bersihkan mulut dan gigi anda. Okay?

2) Membersihkan lidah
Terlalu fokus di bahagian mulut dan gigi, lidah jangan dilupakan. Kerana anda juga harus membersih di bahagian lidah untuk membunuh bakteria biofilm. Bahagian atas lidah adalah bahagian utama yang membantu mendatangkan bau kurang selesa mulut anda. Rekahan lidah membantu bakteria untuk bersembunyi. Jadi pergi dapatkan tongue cleaner untuk membersih bukan sahaja di bahagian mulut dan gigi, malahan juga lidah.

3) Chewing Gum
Kadang kala kita terlalu asyik mengunyah gula-gula getah, jangan pula tidak tahu kerana gula-gula getah boleh juga membantu mengatasi masalah bau nafas! Kerana ia akan merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Cuba amalkan, dan rasakan perubahannya nanti!


4) Pemakanan
Masalah nafas berbau ini, anda juga boleh atasi dengan menjaga pemakanan anda. Cuba kurangkan pengambilan karbohidrat dan juga bawang putih serta kopi. Kerana ia boleh merangsang untuk mendatangkan bau nafas. Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin E dan C seperti buah-buahan, sayur-sayuran seperti manga, apricot, susu soya, orange, dan sebagainya.

5) Air putih
Air putih mempunyai 1001 kelebihan. Sebenarnya air putih membantu untuk membunuh bakteria jahat yang membuatkan nafas atau mulut anda berbau. Amalkan pengambilan air putih sekurangnya 2 liter sehari. Dengan basahan mulut anda yang kerap, akan melemahkan bakteria untuk hidup selesa di dalam mulut anda. Jadi tiadalah bau nafas!

Admin nasihatkan anda yang mempunyai masalah nafas berbau ini, untuk tidak mengambil ringan. Rajin-rajin lah usaha untuk hilangkan. Jika ada kelapangan, bolehlah untuk adakan rawatan dengan doctor gigi, untuk dapatkan rawatan moden pembersihan cucian gigi.

Nafas segar, yakin sentiasa.
Bercakap pun selesa!