MAS KAHWIN MENGIKUT NEGERI..
Salammm…
melihat kepada mas kawen skrg buatkan kita semua termenung terpikir terkedu pun
ada kan, itu baru mas kahwin kalau pihak si merpati yang kita ingin kan tuh
keluarga dia nak ikut taraf pendidikan, Subahaanallah… tak tahu nak kata ape
kan. Alamak lepas nikah kahwin tuh makan nasik nga ikan masin laa. Kalau ada
ikan masin.. hehe
Tapi anak muda sekarang dah bijak dia org dah buat
persiapan sebelum itu lagi kan… haha hopefully laa yerr..
Kalau tgk kepada mas kawen setiap negeri itu pun ad
setengah banyak gila dy kenakan, macam boleh uat majlis belah lelaki kalau ikut
kan, tp kte things positif laa yerr mungkin ada sebab tertentu la tuh.. kalau
ad setengah dy nak tahu jgk sebab ape.. nampk nyer nnt saya akn uluskan bende
nie kepihak atasan supaya kita semua tahu ape jawapan sebenar okey..
Tiada bakal pengantin yang
inginkan majlis yang ala-ala atau nak tak nak. Mungkin ada diantara anda yang
inginkan majlis yang indah dan juga nampak mewah.
Tak ada bakal pengantin yang
inginkan majlis yang ala-ala atau nak tak nak. Mungkin ada diantara anda yang
inginkan majlis yang indah dan juga nampak mewah tetapi tak mahu menanggung
hutang yang tinggi. Yalah, kalau nak majlis yang gilang gemilang, mestilah
kosnya juga gilang gemilang. Jadi bajet perkahwinan itu sangat penting dan
biarlah bajet itu mengikut kemampuan. Elakkan berhutang atau membuat pinjaman
yang tak masuk akal kerana kehidupan selepas berkahwin itu lebih penting.
Kami ingin kongsikan panduan
untuk menjimatkan kos perkahwinan anda, meriah tapi kos rendah.
1. Tetapkan jumlah tetamu yang bakal
hadir supaya anda dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik. Bila anda sudah
tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata,
kad kahwin dan sebagainya.
2. Majlis yang diadakan secara
gotong royong lebih baik. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu
mengeluarkan wang membeli bahan basah dan dapat menguatkan tali silaturahmi
bersama jiran anda. Tetapi, sekarang ini sudah banyak pameran perkahwinan dan
katering yang menyediakan pakej bajet untuk perkahwinan, rajin-rajinlah buat
survey beberapa bulan atau tahun sebelum melangsungkan majlis anda.
3. Elakkan menempah pakaian yang
baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Sekarang ini ada juga
perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi
cuma sewa sahaja. Maknanya selepas pakai, anda kena pulangkan pada butik
perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada beli terus pakaian
perkahwinan itu.
4. Hantaran dan hiasan pelamin dari
bunga segar lebih indah dan kosnya juga tinggi. Tapi tak salah jika anda
gunakan bunga tiruan tetapi gubahnya secara kreatif. Lagipun dengan bunga
tiruan, anda dapat terus gunakannya sebagai hiasan untuk kediaman anda.
5. Buat tempatan perkhidmatan
fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran
perkahwinan. Biasanya diskaun hebat akan diberikan. Selain itu, tarikh juga
mainkan peranan. Sekiranya anda menempah servis kahwin pada hari yang tidak
sibuk, contohnya majlis perkahwinan bukan sewaktu cuti persekolahan, harganya
juga boleh dirunding dan lebih murah dari waktu yang sibuk.
6. Majlis akad nikah dan
persandingan diadakan pada satu hari. Untuk menjimakan kos, akad nikah
dilakukan pada waktu pagi manakala persandingan dan kenduri dilakukan pada
waktu tengahari. Jika anda tetap mahu melakukan majlis akad nikah dan
persandingan secara berasingan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah (
saudara mara dan rakan terdekat sahaja ).
7. Elakkan berbalas hantaran dengan
jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tak mahu kalah dengan saudara
mara atau kawan-kawan. Orang lain letak hantaran 5, anda letak 10 supaya nampak
lebih gah. Kebiasaanya hantaran adalah 5 berbalas 7. Pilih barangan yang akan
digunakan, bukan sekadar cantik sahaja.
8. Elakkan membuat majlis ketika
cuti sekolah. Memang seronok kerana pada cuti sekolah, ramai saudara-mara yang
akan hadir. Tetapi tahukah anda barang ketika ini agak mahal. Atau jika anda
telah memilih tarikh pada cuti sekolah, seeloknya buat persiapan dan beli
barang-barang perkahwinan lebih awal. Persedian 1-2 tahun sebelum kahwin juga adalah normal.
9. Jangan tempah kad perkahwinan
yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai
yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik.
Untuk menjimatkan kos, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak
lelaki dan perempuan dalam satu kad sahaja. Selain itu, sekarang pun sudah
popular dimana bakal pengantin menjemput tetamu melalui Facebook sahaja.
10. Untuk hiburan halwa telinga pula,
daripada mengupah pemuzik, band atau kugiran, sekarang ini sudah banyak
perkhidmatan DJ yang boleh memainkan CDlagu
yang menarik serta acara karaoke. Lebih meriah dan murah
11. Salah satu cara untuk menjimatkan
kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini
dapat memastikan anda tak menggunakan semua wang simpanan anda dan seterusnya BERHUTANG.Sentiasa
elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan KAD KREDIT.
12. Jika anda mahu jimat lagi, anda
boleh menggubah sendiri hantaran perkahwinan atau upah saja saudara mara dan
kawan-kawan. Pastinya kos lebih rendah daripada membeli sendiri hantaran di
kedai. Hantaran yang dijual di kedai biasanya berharga RM80 ke atas untuk satu
bekas hantaran sahaja. Jika anda ada 7 hantaran, sudah berapa pula?
13. Jangan lupa survey mengenai
khidmat katering, pelamin, pakaian perkahwinan ataupun cenderamata yang murah
dari kawan-kawan atau saudara mara. Selalunya mereka mempunyai cadangan yang
bernas dan tahu mana perkhidmatan yang murah dan bagus.
14. Akhbar dan majalah selalunya
mempunyai peraduan yang menghadiahkan pakej berbulan madu. Jadi jangan lepaskan
peluang untuk menyertainya. Manalah tahu, rezeki anda kan? Honeymoon free lagi!
15. Yang terakhir, checklist atau
senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya
anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini
anda juga boleh mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh
memantau bajet perkahwinan anda jika 'terlebih' atau 'terkurang'.